PUTRAJAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menggagalkan cubaan menyeludup dadah dengan berat 6.13 kilogram bernilai RM1.22 juta yang disembunyikan dalam bagasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Sepang pada 9 Jan lepas.
Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah Wong Pun Sian berkata dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun pelbagai warna dalam bagasi kabin milik seorang penumpang warga Perancis, yang menaiki penerbangan dari Sao Paolo, Brazil.
Beliau berkata ujian awal yang dibuat ke atas bongkahan tersebut disyaki adalah dadah jenis kokain.
"Modus operandi sindiket ini adalah dengan menyembunyikan dadah berbentuk sabun dengan pelbagai warna di dalam kotak barangan kosmetik untuk mengaburi mata pihak berkuasa dan dibawa secara 'hand carry' oleh penumpang yang telah berusia dan mengembara secara bersendirian ke dalam negara," katanya dalam kenyataan hari ini.
Individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 39B(1)(b) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhi hukuman mati, jika sabit kesalahan.
Wong berkata berdasarkan jumlah berat dadah yang diperoleh, rampasan itu berjaya membanteras pengedaran dadah terbabit kepada seramai 30,685 penagih.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 17 2024
Dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun pelbagai warna dalam bagasi kabin. - Gambar hiasan
Perak perlu lebih 57,000 unit rumah menjelang 2030
Perak memerlukan 57,407 unit rumah menjelang 2030, kata Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad.
China rakan penting Malaysia dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital - Teo
China merupakan rakan kongsi penting dalam pembangunan telekomunikasi dan ekonomi digital di Malaysia.
Kematian Raisi, Amirabdollahian kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam - Mohamad
Kematian Presiden Iran Ebrahim Raisi dan Menteri Luarnya, Dr Hossein Amirabdollahian merupakan satu kehilangan besar dalam dunia kepimpinan Islam.
AWANI Ringkas: Kes denggi meningkat, 40 maut sejak Januari
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Luncur air di tengah padang pasir di Arab Saudi
Aquarabia ialah sebuah taman tema air dengan kolam ombak buatan manusia terbesar di Asia Barat.
Jenazah suspek serang Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan
Jenazah suspek lelaki yang mati ditembak dalam insiden serangan di Balai Polis Ulu Tiram dikebumikan di Pusara Islam Sungai Tiram, Ulu Tiram.
Elon Musk lancar Starlink di Indonesia
ELON Musk dan Menteri Kesihatan Indonesia Budi Gunadi Sadikin, telah melancarkan perkhidmatan Starlink di Indonesia semalam.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 2 anggota terkorban diklasifikasi Syahid Akhirat
Jawatankuasa Fatwa mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dan simpati ke atas suspek di atas tindakannya membunuh polis.
Lai Ching-te bakal angkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik yang memerintah Taiwan, dijadualkan mengangkat sumpah dan memulakan tugas sebagai presiden pulau itu pada Isnin.
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenal - Saifuddin
Garis Panduan Penapisan Filem baharu diperkenalkan hari ini bagi memastikan penggiat seni hasilkan karya berkualiti dan mempunyai nilai estetika tanpa menyentuh perkara sensitif.
Kastam gagalkan cubaan seludup kokain di KLIA
Dadah tersebut ditemukan dalam tujuh kotak barangan kosmetik yang mengandungi bongkahan pepejal seperti sabun.
Kastam rampas 88kg kokain bernilai RM17.6 juta
Jabatan Kastam Diraja Malaysia merampas 88 kilogram dadah jenis kokain dianggarkan bernilai RM17.6 juta menerusi serbuan di KLIA.
Perkhidmatan Rahsia AS akan sampaikan taklimat kepada Kongres tentang penemuan kokain di White House
Pada 2 Julai, serbuk putih ditemui di White House dan ujian awal mendapati bahan itu mengandungi kokain.
Ecuador guna dadah kokain sebagai bahan binaan
Setakat ini kira-kira 350 tan kokain hancur dan pes koka yang dirampas antara 2021 dan 2022 telah digunakan.
Polis Australia rampas wang tunai AS$1 juta, kokain, metilamfetamin di Sydney
Polis NSW mendakwa empat lelaki selepas merampas lebih 5kg kokain dan metilamfetamin serta wang tunai AUS$1.5 juta dolar.
Ketua sindiket dadah terbesar Colombia ditahan
Dairo Antonio Usuga ditahan dalam serbuan yang dilakukan lebih 500 anggota tentera dan unit khas.
RM3.5 bilion dadah yang dirampas dalam simpanan PDRM - Ketua Polis Negara
Nilai rampasan tersebut menunjukkan bahawa begitu ramai rakyat di negara ini terlibat dalam penyalahgunaan dadah.
Kokain seberat 9,071 kilogram dirampas di San Diego
Ia dirampas dalam lapan operasi yang dijalankan empat pasukan keselamatan berkenaan dalam tempoh antara pertengahan November 2019 dan Januari tahun ini.
Penyeludup dadah berpaut pada bongkah kokain di perairan penuh jerung
Tiga individu disyaki penyeludup dadah terselamat selepas terapung selama beberapa jam di perairan Pasifik dipenuhi jerung.
RM676 juta dadah dirampas, Malaysia terus jadi transit pengedaran dadah dunia - Kastam Malaysia
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya merampas dadah jenis ketamin dan kokain bernilai RM676 juta dalam dua serbuan berasingan pada Ahad lalu, di Selangor.